Betul ke Kelab Abu Hurairah UIAM Selamatkan Kucing?


Haaa, istilah ‘selamatkan’ perlu diperbetulkan.
Assalamualaikum dan Hai!

Kelab Abu Hurairah (AHC) tidak asing lagi dalam kalangan komuniti UIAM. Apabila bangkit sahaja isu tentang kucing, maka Kelab Abu Hurairah akan menjadi rujukan utama bagi setiap peringkat komuniti di situ. Baik staf atau pekerja. Alhamdulillah, ini bermakna komuniti UIAM sudah tahu akan kewujudan AHC.

Tetapi, apakah sebenarnya fungsi AHC?

1. Advocacy
AHC lebih mengutamakan ciri-ciri ‘advocacy’ kepada komuniti UIAM berbanding keterlibatan langsung secara aktif dalam mengendalikan kebajikan dan kesihatan warga bulus di UIAM. Ini kerana, AHC mahu menjadi satu platform dan badan yang menyuarakan penambahbaikan untuk pengurusan kucing-kucing di UIAM.

 Ini bermakna AHC bersedia untuk:
a) memberi nasihat kepada pelajar dalam menghadapi situasi yang memerlukan berkaitan dengan kucing
b) menawarkan keperluan untuk membantu kucing
c) terlibat secara langsung dengan unit perundangan dan pelaksanaan UIAM untuk penambahbaikan kebajikan kucing

2. Menyebarkan Kesedaran


Kucing merupakan antara haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan peliharaan di rumah-rumah dan belaan sementara di hostel pelajar. Namun, tidak kesemua tuan kucing mengetahui keperluan kucing-kucing mereka selain makanan dan tempat tinggal. Bagaimana jika kucing tersebut sakit atau bunting?

3. Memupuk warga UIAM menjadi penyayang dan  
Image result for love catSifat kemanusiaan tidak seharusnya dikecilkan skop nya hanya untuk manusia semata-mata. Kepekaan dan sifat kebertanggungjawaban perlu diluaskan kepada alam sekitar dan haiwan-haiwan juga supaya kehidupan warga komuniti lebih harmoni dengan persekitaran dan haiwan yang ada di UIAM. AHC juga sebenarnya berjuang untuk melatih warga komuniti supaya berani mengambil tindakan untuk menyelamatkan kucing yang memerlukan bantuan berbanding mengharapkan bantuan segera daripada pihak AHC.  

Comments