8 August 2019 (Rabu)
1.53 pagi
Assalamualaikum, terima kasih sebab sudi singgah untuk
baca. Blog ini Mun buat untuk mencatat setiap pengalaman atau buah fikiran yang
terbit semasa waktu lapang. Boleh jadi Mun tulis blog untuk mengisi masa atau mahu
berkongsi cerita tentang pengalaman membela kucing dan lain-lain.
Entah kenapa Mun pilih Ummu Hurairah sebagai header blog
ini :’)
Cuma teringatkan semasa sekolah menengah selalu juga bagi
kucing makan. Dulu saya sekolah di Sekolah Berasrama Penuh. Selesai waktu makan
malam, kira-kira jam 6.50 petang di mana semua murid sudah makan, Mun akan
pergi ke dewan makan (DM) semula untuk bertanyakan kepada mak cik DM sama ada
masih ada lagi lebihan ayam goreng atau ikan goreng. Kalau rezeki kucing
banyak, dapatlah 1-2 plastik yang penuh dengan ayam goreng atau ikan goreng.

Kemudian pergi ke kawasan lapang, panggil kucing untuk
makan. Berbondong-bondong kucing datang inginkan habuan. Berjemaah lah mereka
makan di situ. Ayam goreng atau ikan goreng sahaja lah boleh ya nakk. Tiba-tiba
menu hari itu Ayam kuah Black Pepper, tak dapatlah nakk.
Kucing Akan Sentiasa Ada
Begitu lah situasinya. Di mana-mana pun pasti akan ada kucing.
Di bandar, di kawasan kampung hatta di kawasan hutan pun ada kucing. Bukan
setakat babi hutan, kucing hutan pun ada.
“Ummu Hurairah!”
Tengah syok bagi kucing makan, ada pula member panggil, “Ummu
Hurairah.” Mun pun buat lek je sebab nama saya bukan Ummu Hurairah tapi Munirah.
Haha. Selepas itu, dia datang dekat dengan Mun.
“Lepas ni ana panggil enti Ummu Hurairah lah.”, kata
member. Oh lupa nak cakap. Ana-Enti itu bahasa Arab. Maksudnya Saya-Awak.
Saya sengih, “Oh hehe.”
“Enti kan suka kucing,” kata member lagi.
Saya pun
iyakan je lah. Masa belajar Degree pun, ada juga yang panggil Mun dengan
panggilan Ummu Hurairah. Tak kisahlah. Dalam dunia ni banyak je perempuan yang
suka kucing. Banyak jugalah Ummu Hurairah maksudnya. Kalau Mun ni Ummu Hurairah, Mun nak satu je Abu Hurairah dalam
hidup Mun.
Comments
Post a Comment